Sunday, June 3, 2012

I citied de I-City

Yes, that's right. I citied de I-City. Merapu dana, I know.

Encek Kenon sayang, sila jalankan peranan.

Bokeh. I love you, encek Kenon.

Yang ni nampak serabut pulak bokehnya. Failed. Tapi nak boh jugak di sini.


Fly home, fly!


Manakala gambaq-gambaq yang bawah ni pulak telah ditembak dengan Geleksi Es Tu kerana nak MMS kat laling buddyku. Malam tu kamera Geleksi Es Tu tak buat perangai pulak. Dia suka I-City. Kot.




Peh ni nak pi tembak lampu pusing-pusing pulak.


Saturday, June 2, 2012

Saya tak bersalah, Yang Arif

Betul saya tak bersalah! Memang saya tembak tapi tembak pakai kamera, bukan dengan meriam buluh.

Tajuk adalah sedikit gempak kerana kita nak ke sini...

Hehe..

Daftar bang, jangan tak daftar.

Cantik sungguh-sungguh tempat ni. Mai 10 kali pun tak jemu. Err awat nak mai sampai 10 kali, banyak sangat ka kes hang. 

Jom kita senep lagi apa yang patut.







I love my telephoto zoom lens. Thank youuuuu!





 Geram tengok aih, raba sikit. Pada masa yang sama, boleh tayang tangan gebu kentang itu.









 Okeh cukuplah tu. Dok lama-lama sangat kat sini satgi terjangkit kes orang pulak. Cabut!


Wang atau seni?

Dua-dua. Wang dan seni. Together.

Selain dari menghayati keindahan bangunan Muzium dan Galeri Seni Bank Negara tu, cek jugak masuk ke dalam Galeri Numismatik dan Galeri Seni yang terdapat di situ. 

Yang benornya ada banyak galeri tapi pada masa cek pi tu, hanya 2 galeri itu saja yang telah dibuka. Yang lain akan dibuka kemudian katanya. Nasib cek laa tak dapat masuk galeri lain tu. Kaciwa, okeh. Kaciwa.


Banyak barang pameran di dalam tapi cek pilih-pilih sajalah untuk letak di sini naa.

Jom masuk.

Berkenan sungguh cek tengok yang ini. Ini tali pinggang duit syiling dari Sarawak yang digunakan pada abad ke 19. Masa tu bila ada perayaan istimewa di rumah panjang, depa pakailah. Diperbuat dari perak nih. Bukan saja sebagai barang hiasan tapi juga boleh digunakan untuk urus niaga pertukaran barang dan pajakan. Cool.


Jongkong bentuk gajah. Lain macam ja bentuk gajahnya, kuruih kan. Macam kumbang pun ada. Ini digunakan di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 18. Jangan tak tau zaman tu depa tanam jongkong bentuk gajah ni kat bawah tiang seri rumah kongsi dekat lombong. Depa percaya dengan buat macam tu, lombong tu akan berterusan mengeluarkan bijih timah. Gitu la pulak.


Ini adalah cerek tembaga yang digunakan di Brunei atau Sarawak pada abad ke 13 hingga abad ke 15.  

Apa kena mengena cerek ni dengan duit? Menurut keterangan yang diberikan, cerek tembaga ini melambangkan kekayaan. Ada banyak duit baru la boleh beli cerek tembaga ni, okeh. Kat atas cerek ni ada hiasan naga, katak, singa dan jugak reka bentuk binatang lain.


Ini pulak adalah Pohon Pitis dari Kelantan yang digunakan pada tahun 1896. Menarik kan.



10 sen atau sekupang zaman dulu besaq nilainya, boleh beli macam-macam. Siap ada duit kertas ni haa. Tahun 1940 tuu.


Itu barang-barang lama. Ada jugak pameran mata wang kertas dunia yang digunakan sekarang. Inipun cek pilih-pilih sajalah naa.

Mula-mula sekali mesti letak mata wang kertas orang kampung cek, jangan marah. Rindu nak balik kampung. Teringat dok pi kedai runcit dekat rumah tokwan bawak duit nilah. Kehkeh. Sabaq jalah dengan cek ni.


Ini mata wang kertas Mesir. Ekhem.


Ini pulak mata wang kertas Russia. Kof kof.


Ini mata wang kertas negara mana la pulak. Kan.


Dah puas di Galeri Numismatik, bergerak pulak ke Galeri Seni. Lukisan yang terdapat di situ dikumpul sejak tahun 1960 kalau tak silap cek.

Cek mengaku siap-siap yang cek ni bukannya pandai sangat menghargai hasil seni, terutama sekali yang abstrak tu. Jadi cek boh 4 saja hasil seni yang berjaya menawan hati cek.

Lukisan ni bertajuk "Kuala Belalong Temburong" karya Haji Padzil Haji Ahmad dari Brunei, menggunakan cat minyak (2008). Kalau tengok sendiri depan mata, sangat cantik lukisan ni.


Lukisan akrilik bertajuk "Light Purple" ni pulak adalah hasil karya Khin Win Kyi dari Myanmar (2008). Cek suka kombinasi warna dia dan nampak ramai sungguh orang dalam lukisan ni. Itu mata cek la. Tah-tah dia lukih cendawan. Atau taugeh. Atau pokok. Aisehmen..mintak maaplah Khin Win Kyi...But I love this painting. Tak pening kepala cek menengoknya.


Yang ni pun cek suka tengok jugak. Lukisan cat minyak ni bertajuk "Good Early Morning" hasil karya Keo Titia dari Cambodia (2008). Tak tau nak cerita macam mana perasaan bila tengok reflection tu. I like.


Cek suka yang ni sebab gigih Encik Fernando Escora dari Filipina (1999) melukih keseluruhan lukisan ni dengan dakwat, fuhhh! Besaq lukisan ni, tabik! Oh ya lukisan ni bertajuk "Foreign Place".

Okeh habes bab di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara.


Friday, June 1, 2012

Sasana Kijang

Tatak apa la, laling. Lu ata miting lain tempat, wa senili jialan cali hibulan untuk diri wa ini.

Ok sudahla tu, lenguh la cakap macam tu.

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara, here I come.














Sungguh cantekkk bangunan ni, rasa nak geget ja. I LIKE.

Tapi ini entri pasal bangunan saja. Bengbarang sejarah yang telah cek skodeng di dalam, entri lain cek stori, kehkeh. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...