Apa-kah nama rumah baru kita ini, kanda Abdul Wahab?
Nama-nya Rumah Teh Bunga, wahai dinda.
Mengapa-kah nama-nya begitu, kanda?
Ini ada-lah kerna warna-nya di-cat sama seperti warna teh bunga, dinda.
Walaupun dialognya direka oleh cek tapi faktanya memang betul. Pemilik asalnya bernama Tuan Abdul Wahab dan rumah ni memang dinamakan demikian kerana warna bangunannya yang menyerupai warna teh bunga. Rumah tahun 1893 ni, udah lama benor tu.
Untuk edisi Jendela Sejarah kali ni, mari kita ke Hutton Lane, kawan-kawan.
Waktu lawatan adalah dari pukul 9:30 pagi hingga 4:30 petang pada setiap hari kecuali cuti am. Oleh kerana cek mai sini pada hari cuti am, terpaksa ku skodeng dari luaq pagaq yang berkunci itu sahaja tapi nak mai lagi dan tengok sama ada boleh snap gambar di dalam.
Cantik sungguh rumah ni. Sikit lagi rasa nak panjat pagaq masuk dalam snap gambaq dekat sikit. Sikiiit ja lagi. Gelojoh sungguh. Namun CCTV di depan rumah itu telah berjaya memadamkan niat cek, hehe.
Kita pulaih zoom sampai habeh dan set to vivid supaya kaler dia terserlah gitu. Trennnggg!
Terima kasih kepada polarized lens, cun habeh langit itu.
Nampak tak dia tulih apa? Kalau tak nampak, boleh habaq kat cek dan cek update salin balik apa yang ditulis kat gambaq di atas tu di sini, okeh. Kawan-kawan punya pasai, no hal.
UPDATE:
Cek ringkaskan saja na. Rumah ni dibina sekitar 1893 dan pemilik asalnya ialah Tuan Abdul Wahab, saudagar Jawi Peranakan. Dia tinggal di sini sat saja dan pada awal 1900 rumah ni telah dibeli oleh Encik Tan Chong Keat. Ramai jugak yang tinggal di sini, 3-4 keluarga serentak, jadi mesti la luas bangat rumah ni kan.
Rumah ni terbahagi kepada Rumah Utama dan Rumah Dapur yang bersambung, peh tu siap ada garaj lagi.
Rumah Utama ada anjung luar, ruang tamu, 4 bilik tidoq, ruang keluarga dan anjung atas.
Peh tu Rumah Dapur pulak terbahagi kepada dapur, bilik pembantu, bilik makan, bilik mandi, tandas, stor dan ruang jemuran terbuka.
Garaj plak terletak bersebelahan ruang utama. Ada kediaman pemandu, tempat meletak kereta kuda dan dua kandang kuda, fuiyohhh! Dah tu ada garaj kereta pulak yang dibina kemudian, bersebelahan dengan rumah dapur.
Inilah satu-satunya rumah warisan Jawi Peranakan yang masih kekal asli.
UPDATE:
Cek ringkaskan saja na. Rumah ni dibina sekitar 1893 dan pemilik asalnya ialah Tuan Abdul Wahab, saudagar Jawi Peranakan. Dia tinggal di sini sat saja dan pada awal 1900 rumah ni telah dibeli oleh Encik Tan Chong Keat. Ramai jugak yang tinggal di sini, 3-4 keluarga serentak, jadi mesti la luas bangat rumah ni kan.
Rumah ni terbahagi kepada Rumah Utama dan Rumah Dapur yang bersambung, peh tu siap ada garaj lagi.
Rumah Utama ada anjung luar, ruang tamu, 4 bilik tidoq, ruang keluarga dan anjung atas.
Peh tu Rumah Dapur pulak terbahagi kepada dapur, bilik pembantu, bilik makan, bilik mandi, tandas, stor dan ruang jemuran terbuka.
Garaj plak terletak bersebelahan ruang utama. Ada kediaman pemandu, tempat meletak kereta kuda dan dua kandang kuda, fuiyohhh! Dah tu ada garaj kereta pulak yang dibina kemudian, bersebelahan dengan rumah dapur.
Inilah satu-satunya rumah warisan Jawi Peranakan yang masih kekal asli.
Ini untuk menguatkan feeling zaman silam itu. Bila ada gambaq hitam putih baru rasa real sikit kan. Kali ni set monochrome sebelum snap, takla nampak takut sangat macam grainy black and white haritu.
Nasib baik ada blog, boleh gak berkongsi dengan kawan-kawan. Kalau tidak, mana nak cek letak semua gambaq-gambaq yang telah dan akan cek snap itu. Kan.
Haritu ada gak cek terasa nak tutup ja blog ni tapi ada sorang kawan cek iaitu Pak Deraman yang cakap rugi la kalau cek tutup blog lepas dah ada kamera gedabak tu. Betoi jugak tu. Kensehel tak jadi tutup.
Terima kasih pada Pak Deraman yang masih jugak baca blog cek dan blog kawan-kawan dia yang lain walaupun dia semakin sibuk dengan aktiviti penanaman sayoqnya tu.
Bila ada kawan macam tu dan jugak kawan-kawan lain di sini yang kuat memberikan sokongan moral, buat apalah nak fikir pasal hal yang negatif kan. Terima kasih kawan-kawan!
cantik...
ReplyDeleteWhoaa kagum sehh sejarah rumah teh bunga ni..Kak Dinas kalau cek pi penang boleh ka bawak cek pi melawat rumah teh bunga ni..cek teghingin nak p ziarah rumah Tuan Abdul Wahab ni...yang penting Kak Dinas dah buat cek selongkaq balik lemari lama dok caghi mana pi Incik Nikon cek..hikhikhi...jadi dak ceq habaq Penang ni...oh ya kalu pi penang nak makan siput bintang sama...hikhikhik..
ReplyDeleteCantiknya Dinas...
ReplyDeletebaru balik dari penang, tapi langsung takde kesempatan nak menyelak sejarah di sana. takpe, next time.
ReplyDeleteMesti tuan punya rumah tu, orang kaya2 kan. Besar betul rumah tu dan laman dia. Agaknya berapakan value rumah tu sekarang ni agaknya.
ReplyDeleteDinas, janganlah fikir lagi nak tutup blog ni ya. Manalah akak nak pergi nanti. Huhuhu.
Salam Dinas..
ReplyDeleteRajin sungguh menembak...tak sia sia bawak balik Encik kenon itu..
cantiknya....tiba2 jiwaku brgelora....
ReplyDeleteerrr...gambaq kalendar ka?
ReplyDeletenampak macam gambaq kalendar sebab ada sedikit gambaq penjuru bangunan sebelah yang terlihat seperti ring kalendar...hehehe!!!
ReplyDeletepic cantk cam biasa. betul kata pak deraman tu kak. rugi kalau akak tutuo. mana nak letak pic byk2 tu kan... hehe...
ReplyDeletesekali sekali enterprem lah akak oooiiii.... hehehe....
Erm,
ReplyDeletememang x dapat menikmati sungguh gambar en.kenon ni,
sebabnya hanpone saya cukup comey...
Kelabu asap tenung...tak dapat tembus gak mata ni...;)
Eheheeeee...
Moga, ada rezki sampaila saya kesini;)
Cikgu...cntik la rmh tu...blh imagine tuan abdul wahab mmg org kaya broom la waktu tu kan?...yala bhn2 nk buat rmh ni sure bwak mai dr luaq kan? Caya laa cikgu..dh tererr dh..jeles kak.. :)
ReplyDeletesalam cikgu
ReplyDeletemmg menarik bangunan2 lama kat sana
last sekali bapak pi penang menginap kat E&O yg bangunannya bangunan lama dan sungguh menarik , lebih kurang je senibinanya
btul, mmng cun habeh lah...
ReplyDeletemsih cantik lg wlaupon dh brusia kan... i mean bangunan tu, jgn slh anggap ye hehe..
alahai terkedip2 mata nak membaca sejarah rumah tu kak
ReplyDeletebtol kak..jgn tutup blog nih..mcm2 sejarah kami dapat belajar :)
ReplyDeleteteringin gak nak ada kamera macak kak dinas.... nak belajar skill menembak gambar juga nanti...
ReplyDeletebila eh nak ada kamera cun jugak ni..cantik rumah tu.
ReplyDelete