Saturday, March 3, 2012

Keluar


Di sekolah tempat cek bertugas, bila pelajar nak keluaq dari kelas, kena gantung benda ni kat leher. Pas Keluar namanya. Cek snap sebelah sini saja sudahlah sebab sebelah depan siap ada bangunan sekolah cek lengkap dengan nama sekolah dan alamatnya serta nombor telefon kot-kot ada sesapa yang nak berkenalan.

Cepat rosak benda ni, memang tak tahan lama. Maklumlah banyak tangan rakus yang memegangnya. Jadi cek tembak benda ni sementara dia masih lawa lagi. 

Err..ada tak Pas Keluar untuk guru? Yang membolehkan dia keluar kelas dan tak perlu masuk-masuk lagi?

Itu bukan Pas Keluar namanya cikuuu, itu namanya PENCEN atau MATI, tengoklah mana-mana satu yang tiba dahulu naa.

Sekian, terima kasih.




24 comments:

  1. elok gak ada pas cam ni..taakde lah budak nak ponteng kelas...macam saya dulu ponteng kelas Geografi g perpustakaan..he he he..tapi baca buku tau..bukan menyorok kat belakang tandas..he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, pasai bebudak sekolah akak tu kuat ponteng la kena buat pas keluar camni. Itu pi baca buku, takpa, bagus!

      Delete
  2. Dinas,,,pas tu untuk keluar dati kawasan sekolah ke? Atau bila murid nak pegi buang air suam?

    Cikgu pun nak pas jugak... ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini untuk keluar dari kelas & dalam kawasan sekolah ja, Kakya. Nak pi buang air suam pun kena pakai pas ni jugak, hehe.

      Cikgu tu mengada, kihkihkih!

      Delete
  3. huhu..teringat pulak zaman skolah rendah dulu.Besar gedabak kene gntung lak kat leher...haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. YM pakai pas tu dulu mesti comel :)

      Delete
  4. Hi Dinas Aldi, I noticed your spelling 'keluak'.....is it the latest bahasa for 'keluar'?
    You tau la bahasa saya out of tune, ha ha, but I enjoy see, read latest bahasa words.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha "keluaq" is the Penang Malay colloquial for "keluar". The formal spelling of the word is still "keluar", it has never changed :D

      You have a nice day too :)

      Delete
  5. La ni semua pakai pass no...zaman purba kak dulu tkdak mcm2 ni...tu kdg2 bdk mrayau duk lepak baguih kat kelas org lain..hihi p tandas apa...p melencong haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, masa saya sekolah dulu pun takdak segala pas mas ni semua. Pakai mintak kat cikgu & keluaq gitu ja. Tapi saya dulu takut kena rotan, tak berani merayau, kihkihkih

      Delete
  6. Hihihi. Pas untuk cikgu tu paling kelakar. Zaman akak dulu tak de pas2. Sesuka hati nak keluar, asal cikgu bagi permission dah cukup. Tapi zaman akak zaman purba, pas pun buat dari batu, mahu patah leher nak sangkut pas. Hahaha. Lawak je, Dinas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama la kak, takdaknya pas2 ni semua dulu. Kihkihkih bab pas buat dari batu tu teringat saya kat kartun Flintstones! Saya pun melawak jugak naa :D

      Delete
  7. teringin zaman skolah dulu. mmg kena gantung kat leher...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa dulu pun ada naa. Akak sekolah dulu takdak pas ni semua :)

      Delete
  8. Paling best bila budak tu kasi balik kad tu kat cikgu setelah balik dari tandas....kad tu ada kesan basah. Tak pun berlipat. Baru dua bulan sekolah, nampaknya kami pun kena gantikan kad yang dah lunyai tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi, tang part terendam ayaq jamban tu yg tak bleh tahan, CkLah! Rasa nak rendam dalam kloroks tapi lepas tu memang lingkup terus la pas tu..

      Delete
  9. nk kluar p jln2 la....kena pakai pas jugak ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini untuk keluar pi tandas, keluar pi jumpa guru, hantar buku, gitulah kak Nza.

      Delete
  10. sekolah sy dulu siap ade vest lagi :P itupun bertahan selama setaun shj haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huih, siap ada vest? Banyak kena keluar duit buat tu :)

      Dik, napa akak tak bleh pi ke blog adik ni? Takda link :(

      Delete
  11. besaq kad nk kena gantung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelajar pun tak berapa sudi nak gantung kat leher dema, hehe..

      Delete
  12. haha..
    Nini pon masa sekolah dulu ada pas macam ni kene gantung kat leher..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...